Monday

HraLR Academy: Koleksi Buku

Assalammualaikum WBT...

Allah mengurniakan darjat kepada orang yang menuntut ilmu seperti mana firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11). Ini menunjukan kelebihan-kelebihan dan galakan-galakan oleh Islam kepada umatnya agar agama Islam dapat tersebar melalui ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh Allah SWT kepada nabi-nabiNya.

Bertitik tolak dari ini, HraLR di bawah cabang portfolio HraLR Academy bekerjasama dengan Naluri Parenting Book Cafe telah melangkah setapak lagi untuk memperkenal, berkongsi dan mengedarkan beberapa koleksi buku-buku bercorak motivasi dan keibu bapaan dengan harapan ilmu berguna ini dapat dihayati dan dipraktikkan oleh mereka di luar sana.

Kami percaya, ilmu yang dipelajari dan dicari bukan semata-semata untuk berhadapan dengan cabaran duniawi sahaja dan bukan hanya untuk menggenggam segulung ijazah bagi mendapatkan pangkat, jawatan dan kerjaya tertinggi sahaja tetapi yang lebih penting adalah untuk mendalami, menghayati serta memperhalusi ilmu supaya ianya dapat dipraktikan demi kebaikan dan manfaat bersama.  Kita ingin melihat generasi masa kini bukan sahaja cerdik dan cemerlang dari segi akademiknya tetapi juga sahsiah diri nya.  InsyaAllah...

Nantikan kemunculan beberapa koleksi buku dari kami dengan harga istimewa....Semoga kita mendapat manfaat dari nya dan sentiasa hidup di bawah rahmat dan hidayah dariNya...




No comments:

Post a Comment